Penjagaan Melon Manis Terengganu



Buah melon atau dikenali Melon Manis Terengganu merupakan buah ikon negeri Terengganu . Buahnya yang enak serta tekstur yang rangup membuatkan ramai yang terpikat dengan  warnanya yang memukau pandangan orang ramai. Oleh itu , kami ingin menceritakan langkah - langkah penjagaan melon  dari semaian (sowing) hingga penuaian (harvesting).


1. Semaian

  • Tempoh pencambahan melon bermula pada hari pertama atau kedua yang ditutup  dengan plastik hitam (silver shine) dan  plastik tersebut dibuka selepas 2 hari tempoh semaian.
  • Tempoh semaian sebelum di pindahkan kedalam polibeg di antara 8-10 hari apabila daun baru mula tumbuh iaitu dikenali true leaf @ daun ketiga . (sesuai ditanam)
  • Pastikan anak pokok di siram pada setiap pagi dan petang untuk mengekalkan kelembapan peatmoss. 
anak pokok melon yang mula bercambah


2. Menanam ke dalam polibeg 
  •  usia pokok mestilah 8- 10 hari 
  • sudah keluar daun ketiga (true leaf )
  • Di tanam pada lewat petang untuk mengekalkan kelembapan media lama.
  • memastikan peatmoss kering untuk memudahkan pengeluaran anak pokok dari dulang semaian (tray)
  • kedalaman semasa menanam adalah 2cm dan dripper diletakkan berdekatan pokok bagi memastikan akar dapat menyerap air secukupnya.
  • pastikan siram previcur (racun kulat) dengan 100ML untuk setiap pokok. (13ml untuk 10L air. Pastikan siram di sekeliling pokok dan tidak kena pada daun kerana ia akan menyebabkan daun terbakar. Tujuan previcur adalah untuk mengelakan serangan kulat pada akar.


pokok melon yang berusia 8-10 hari


Ulasan